TERKINI: Mayat dua sahabat lemas di air terjun ditemui


KUANTAN: Mayat dua sahabat yang lemas ketika mandi di pusat rekreasi air terjun Berkelah di sini, ditemui kira-kira jam 8.10 pagi tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Sani Harul berkata, mangsa ialah Muhammad Shahfaris Shahri dan Azfan Muhammad dari Pandamaran, Selangor masing-masing berusia 22 tahun.

Beliau berkata, mereka dikatakan mandi di pusat rekreasi itu sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina bersama 10 lagi rakan sebelum dilaporkan hilang kira-kira jam 3 petang semalam.

"Mayat kedua-duanya ditemui dekat tempat mereka mandi dan dianggarkan pada kedalaman kira-kira 12 meter.

"Operasi mencari dan menyelamat turut disertai enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan," katanya di sini, hari ini.

Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/02/390433/terkini-mayat-dua-sahabat-lemas-di-air-terjun-ditemui
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==