Foto Zul Ariffin, Neelofa cetus perdebatan


KUALA LUMPUR: Foto mesra antara pelakon Zul Ariffin dan Neelofa yang dimuat naik pengarah, Michael Ang pada laman Instagram, dua hari lalu, pantas menarik perhatian netizen.

Gambar yang dirakam ketika Zul dan Neelofa menjalani penggambaran, drama berjudul Ti Amor Sweetheart 100 Hari di Rom, Itali secepat kilat mengundang pelbagai reaksi.

Biarpun belum ditayangkan, rata-rata peminat menyifatkan gandingan kedua-dua pelakon itu serasi.

Malah, ada yang berharap Zul dan Neelofa bukan sekadar digabungkan pada skrin televisyen (TV), sebaliknya bertemu jodoh di alam realiti.

Antara komen dilayangkan peminat berbunyi:

"Manisnya kalian berdua! Nampak serasi! Bukankah seronok kalau menjadi realiti."

Namun, ada netizen yang mengecam foto terbabit dan menganggap ia tidak sesuai dikongsi.

Ti Amor Sweetheart 100 Hari adalah karya adaptasi novel yang dihasilkan Suri Ryana.

Dalam perkembangan sama, biarpun drama terbabit baru memulakan penggambaran, peminat fanatik sudah mencipta tanda pagar #zulofa iaitu gabungan nama Zul dan Neelofa.

Setakat ini, foto Zul dan Neelofa meraih lebih 3,800 komen netizen.

Namun, bagi meredakan perbalahan netizen, Ang kemudian memuat naik foto mesranya bersama Zul dengan meniru aksi sama.

Ang mengusik netizen dengan memuatkan keterangan gambar berbunyi:

"Itu cuma lakonan! Sila faham guys! Chill sudah!"

Sumber : https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2018/02/389800/foto-zul-ariffin-neelofa-cetus-perdebatan
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==