Dahlia dapat anak perempuan


KUALA LUMPUR: Seorang lagi personaliti, pengacara televisyen (TV), Dahlia Shazwan melahirkan bayi perempuan sulung di sebuah hospital swasta di sini, awal pagi tadi.

Dahlia atau nama penuhnya, Dahlia Shazwan Mohd Amin, 28, melahirkan bayi seberat 2.7 kilogram pada jam 3.15 pagi.

BH Online difahamkan, wad Dahlia terletak bersebelahan dengan Nora Danish yang turut melahirkan putera sulung hasil perkongsian hidupnya dengan suami, Nedim Nazri pada jam 9.02 pagi tadi.

Gambar Dahlia dan bayinya dikongsi penerbit Syarikat Global Station, Zetty Adila Ramly melalui aplikasi Insta Stories pada Instagram.

Dahlia berkahwin dengan Shafiq Ismet pada 23 Julai 2016.

Sumber : https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2018/02/391498/dahlia-dapat-anak-perempuan
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==